NFT dan kriptowang sering menjadi bualan hangat kerana terdapat sebahagian yang menyokong idea tersebut dan sebaliknya. Malah, perkara ini turut menjadi perdebatan di kalangan bilionair terkemuka seperti Bill Gates, Warren Buffet dan sebagainya.

Terbaharu, sekumpulan penunjuk perasaan telah dirakam mengecam NFT di Manhattan, Amerika Syarikat. Penunjuk perasaan ini boleh dilihat berlegar di sekitar jalan SoHo, Manhattan membawa papan sepanduk yang berlabelkan seperti Tuhan membenci NFT dan NFT adalah satu dosa sambil melaungkan NFT bukan untuk mereka.

https://twitter.com/WatcherGuru/status/1539064383556444160?s=20&t=idPF8uqf44gKd3wagFxIDw

Situasi ini sekaligus menjadi perbualan hangat di pelbagai platform media sosial yang menganggap sebagai bahan jenaka sahaja dan diperakui perkara ini benar-benar sebagai jenaka sahaja yang mana telah disahkan oleh individu yang dikenali sebagai Bobby Hundreds iaitu seorang pengasas jenama streetwear, The Hundreds.

Difahamkan kumpulan solidariti ini hanyalah pelakon yang dibayar oleh beliau untuk menghiburkan komuniti yang mana gusar dengan krisis global dan lebih-lebih lagi dengan nilai kriptowang yang tidak menentu. Selain itu, beliau juga mahu melihat sejauh mana pandangan orang ramai terhadap NFT setakat hari ini.

Beliau turut berjenaka mungkin masih ada perancangan protes seumpama ini pada hari esok. Sehingga ke hari ini, boleh dikatakan orang ramai masih skeptikal dengan kriptowang dan NFT yang dilihat hanyalah sebagai satu data elektronik yang boleh dimanipulasi kerana tiada regulasi khas untuknya.

Seperti jenama jam mewah TAG Heuer, mereka juga mengikuti trend semasa dengan menawarkan kemas kini yang boleh memaparkan NFT pada jam pintar.

TAG Heuer Perkenalkan Kemas Kini Bagi Memaparkan Karya NFT Pada Jam Pintar

Spotify Sedang Uji Ciri Baharu Yang Membolehkan Artis Menjual NFT Tersendiri